Tuesday, 30 October 2012

Berasaskan Keselematan Dan Kesihatan Pekerja



Adalah menjadi dasar jabatan keselematan dan kesihatan pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan turut sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.
Khususnya Dasar Jabatan ialah:
§  Untuk menyedia dan menyelanggarakan suatu tempat dan system kerja yang selamat dan sihat
§  Untuk memastikan bahawa semua kakitangan diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
§  Untuk menyiasat semua kemalangan , penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi.
§  Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja
§  Untuk mengkaji dasar ini semula apabila perlu
§  Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan mengenai keselematan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam akta keselematan dan kesihatan pekerjaan 1994, peraturan-peraturan dan tataamalan yang iluluskan.

Jabatan yakin bahawa faktor keselamatan dan kesihatan yang ditingkatkan secara berterusan mestilah diintegerasi kedalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan pengaplikasiannya cara kerja selamat dan sihat adalah factor utama kearah memastikan kejayaan misi  kita.

Berdasarkan dasar tersebut, dapatlah difahami bahawa pihak kerajaan juga mengambil berat tentang keselematan dan kesihatan pekerja . Hal ini dapat dilihat daripada dasar-dasar yang telah di ambil oleh kerajaan untuk melindungi semua pekerja .

Menurut Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazillah Mohd Hasun, keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan fungsi Pengurusan sumber manusia yang semakin mendapat perhatian dalam organisasi masa kini. Kemalangan yang berlaku daripada kesan kecuaian organisasi terhadap aspek keselmatan dan kesihatan telah menyebabkan banyak pembaziran dan kesan negatif  kepada organisasi. Hal ini terbukti berdasarkan jumlah peratus kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan ditempat kerja.

Terdapat juga beberapa faktor yang mendorong  pekerja mendapatkan tuntutan keselematan dan kesihatan mereka. Sebagai contoh, dalam persekitaran pekerja yang kondusif  akan memberikan keselesaan pekerja untuk bekerja dengan lebih efektif.  Apabila pekerja rasa terjamin akan keselematan dan kesihatan mereka di tempat kerja, hal ini dapat membantu untuk meningkatkan prestasi kerja yang mereka lakukan dan akan memberi manafaat kepada sesebuah organisasi itu sendiri.Dalam kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja, terdapat lima faktor utama yang menyumbang besar kepada OSHA. Menurut Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazillah Mohd Hasun lima faktor utama tersebut adalah:

1)    Mengurangkan kos
Mengurangkan kos adalah faktor utama dalam keselamatan dan kesihatan pekerja dalam oraganisasi masa kini. Apa yang kita sedia maklum bahawa telah wujud klinik-klinik panel berdaftar yang membenarkan pekerja mendapat rawatan secara pembiayaan oleh organisasi.

2)    Mengelakkan tuntutan
 faktor kedua bagi kepentingan keselematan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan mengelakkan daripada tuntutan atau dalam kata lain tindakandari pihak berkuasa mengenakan denda atau tindakan keatas organisasi yang mengabaikan  aspek keihatan dan keselmatan pekerja . Faktor mengelakkan tuntutan berkaitan dengan pematuhan organisasi terhadap akta OSHA 1994. Hal ini bermakna setiap organisasi harus menyediakan persekitaran kerja yang lebih selesa dan memberi kesedaran kepada semua pekerja terhadap kepentingan fungsi OSHA dalam setiap organisasi.

3)    Memotivasikan pekerja
Apabila semua organisasi menekankan aspek keselamatan dan kesihatan maka keselesaan persekitaran tempat kerja dapat ditingkatkan dan mendorong pekerja untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.

4)    Tanggungjawab social
Peningkatan aspek keselamatan dan kesihatan juga merupakan usaha organisasi kearah melaksanakan tanggungjawab sosial.

5)    Imej organisasi
Imej organisasi akan dapat ditingkatkan kesan daripada usaha organisasi kearah meningkatkan keselamatan dan kesihatan  dalam sesebuah organisasi tersebut.

Secara kesimpulannya setiap organisasi di dalam Negara perlu untuk mengambil kira isu keselamatan dan kesihatan dalam mengendalikan urusan perniaagan mereka. Keselamatan dan kesihatan adalah merupakan satu pelaburan jangka masa panjang terhadap organisasi itu sendiri kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk mencari pekerja yang dapat meningkatkan produktivit keluaran organisasi mereka. Pekerja yang mereka sedia ada sudah cukup untuk menampung segala keperluan yang mereka perlukan apabila organisasi itu menjaga kewajiban mereka dalam aspek keselematan dan kesihatan pekerja mereka. Selain itu sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan yang di alami oleh pekerja, ianya akan merugikan organisasi itu sendiri dan memberi tekanan kepada organisasi. Organisasi juga boleh mengurangkan pampasan daripada pekerja mereka sekiranya segala kemalangan di tempat kerja dapat dielakkan.

          Rujukan :
Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohd Hasun, 2008. Prinsip Pengurusan Sumber Manusia. Selangor. Leeds Publications, hlm241-277
Maimunah Aminuddin, Penterjemah Dr. Fauziah Noordin, 2003. Asas Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur:Penerbitan Fajar Bakti Snd Bhd hlm 166-197
Faridahwati Mohd Shamsudin, md lazim mohd zin, zuraida Hassan, hadziroh Ibrahim, Chandrakantan Subramaniam, Ghazali Din, Mohd Ismail wasli dan edora ismail, 2006. Pengurusan sumber manusia. Hlm 205-224

No comments:

Post a Comment