Tuesday, 30 October 2012

Berasaskan Pampasan Dan Perancangan Faedah




Perancangan dan pampasan faedah dalam HRIS adalah berkait dengan semua bentuk pembayaran dan ganjaran daripada majikan kepada pekerja. Pampasan dan perancangan faedah adalah ganjaran berbentuk wang ataupun hadiah yang diterima oleh pekerja. Pampasan merupakan ganti rugi oleh syarikat atau majikan.Pada fahaman saya, perancangan faedah adalah merupakan bonus pada awal tahun atau pada musim-musim perayaan tertentu.Bonus merupakan contoh perancangan faedah yang diberikan oleh organisasi sesuatu majikan ataupun kerajaan apabila seseorang pekerja itu berjaya mencapai sasaran majikan.
Banyak pendapat yang mengatakan mengenai faedah pampasan dan perancangan faedah. Menurut Milkovich dan Newman (2004), telah membentuk satu model komprehensif yang dipanggil model pampasan yang menerangkan bagaimana pentadbiran dilakukan oleh kebanyakan organisasi berkaitan dengan model pampasan tersebut adalah sistem pampasan dalam setiap organisasi mempunyai tiga objektif utama iaitu kecekapan, keadilan dan pematuhan. Berdasarkan teori pampasan tersebut, kecekapan adalah objektif utama sistem pampasan iaitu membawa kecekapan dalam melaksanakan tugas.  Perkara ini termasuklah meningkatkan prestasi, kualiti menyeluruh, fokus kepada pelanggan dan kawalan kos. Manakala keadilan dapat aku fahami sebagai asas dalam pembentukan sistem pampasan yang memastikan keadilan dalam amalannya untuk semua individu yang berkaitan dengan pekerjaan.Dan pematuhan pula adalah mudah difahami sebagaipematuhan program pampasan mengikut undang-undang dan peraturan pampasan yang telah ditetapkan.
Manakala menurut Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun pula, pampasan dan faedah boleh dinyatakan sebagai upah dan gaji ataupun cuti tahunan  serta kemudahan yang disediakan oleh organisasi dan juga bidang pekerjaan itu sendiri. Mereka juga berpendapat bahawa semua bentuk pembayaran atau ganjaran yang diterima oleh setiap pekerja daripada majikan sebagai balasan kepada perkhidmatan yang telah diberikan .
Pampasan dan faedah adalah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh pekerja dimana hal ini menjadi factor utama kepada apa yang mereka lakukan. Sebagai contoh apabila pekerja itu membuat satu kerja yang mencapai sasaran majikan, selain daripada anugerah pekerja tersebut juga harus diberikan hadiah berupa wang atau sebagainya. Ini kerana system pengurusan pampasan dan faedah adalah untuk menarik minat dan mengekalkan individu yang berkebolehan dalam organisasi. Tanpa pentadbiran yang cekap banyak masalah akan timbul dan seterusnya menjejaskan imej organisasi. Perkara ini adalah kerana pampasan dan perancangan faedah mempunyai pengaruh yang kuat terhadap motivasi, sikap, kepuasan kerja dan produktiviti pekerja. organisasi yang menawarkan lebih banyak kemudahan seperti perubatan, elaun lebih masa dan perumahan selain daripada gaji yang tinggi dapat menarik lebih ramai pekerja untuk memohon jawatan yang ditawarkan yang pada masa yang sama turut dapat mengekalkan pekerja sedia ada. Pada pendapat saya, faktor-faktor penglibatan atau sumbangan pekerja kepada organisasi adalah seperti pengalaman, prestasi, kelayakan. Disni saya jelaskan untuk faktor- faktor yang berkaitan dengan huraian kerja seperti tugas, tanggungjawab dan keadaan kerja.Pandangan saya terhadap pengurusan pampasan dan perancangan faedah adalah berkaitan dengan objektif yang melibatkan pematuhan program pampasan mengikut undang-undang dan peraturan pampasan dalaman. Wujudnya ketidaksamaanbagi yang telah ditetapkan.
Mengikut pandangan June M.L Poon lagi, pampasan kerja terdiri daripada ganjaran kewanganlangsung seperti upah dan ganjaran kewangan tidak langsung seperti faedah-faedah sampingan. Oleh sebab itu konsep keseteraan luaran dan keseteraan dapat ditentukan dengan gaji yang dibayar oleh organisasi sendiri dengan gaji yang dibayar oleh organisasi lain. Dalam pada itu , menurut June M.L Poon , setiap organisasi yang hendak memotivasikan pekerjanya agar berusaha mencapai prestasi kerja yang lebih tinggi harus menyediakan rancangan yang lebih insentif yang menghubungkan pampasan dengan prestasi kerja. Organisasi juga perlu menyediakan faedah-faedah keselematan dan kesihatan kepada setiap pekerja.
Secara keseluruhannya, pada pendapat saya nilai pampasan dan perancangan faedah adalah suatu yang mutlak yang harus ditentukan oleh majikan atau organisasi dimana setiap pekerja harus diberikan keutamaan darisegi kebajikan mereka samaada mengikut pampasan atau perancangan faedah. Hal ini dapat memberi keselesaan kepada pekerja dimana mereka akan dapat lebih bekerja dengan lebih baik dan proaktif.
Rujukan:
June M.L Poon, 2006. Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm126-155
Maimunah Aminuddin, Penterjemah Dr. Fauziah Noordin, 2003. Asas Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur:Penerbitan Fajar Bakti Snd Bhd hlm 147-165
Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohd Hasun, 2008. Prinsip Pengurusan Sumber Manusia. Selangor. Leeds Publications, hlm217-241



No comments:

Post a Comment