Pembelajaran dan Pembanggunan pekerja adalah suatu proses di mana
pekerja akan di ajar dan diberikan panduan khusus akan sesuatu pekerjaan dalam
bidang mereka untuk menjadikan mereka lebih proaktif dan produktif. Pembangunan kerjaya juga merupakan pendidikan
formal iaitu suatu latihan yang dapat meningkatkan kerjaya seseorang dalam
sebuah organisasi. Contohnya kursus Pemantapan Jati Diri. Dengan adanya kursus
ini dapat meningkatkan kualiti pekerja. Dengan adanya pembangunan kerjaya ia
dapat membantu pekerja pada masa akan datang iaitu contohnya diri seseorang itu
tidak mahir berkaitan dengan akaun, maka selepas menghadiri kursus tentang
akaun, pekerja tersebut menjadi mahir dan mampu melaksanakan tugas dengan lebih
produktif lagi. Dengan adanya pembanguna kerjaya, pekerja tersebut dapat
meningkatkan pengetahuan dan prestasi kerja. Citrin, James M and Smith, Richard
A (2003).
Merujuk pada
pengurusan kerjaya bahawa HRIS adalah sebuah perisian yang mengendalikan sistem
data pekerja seperti data peribadi pekerja, cuti, kursus yang dihadiri atau apa
sahaja yang melibatkan maklumat pekerja. Dengan perisian ini dapat membantu
organisasi mencari maklumat-maklumat pekerja dengan mudah, teratur dan
menjimatkan masa. Dengan adanya maklumat tersebut sedikit sebanyak dapat
membantu organisasi membuat pilihan terhadap pekerja mereka dalam menjalani
latihan mengikut prestasi, jawatan dan tugas yang di sandang.
Apa yang saya fahami, Pembelajaran dan Pembangunan
Pekerja bermaksud kebanyakan ataupun
setiap latihan yang diberikan oleh pihak oganisasi mempunyai tujuan yang
tersendiri. Setiap latihan yang disediakan oleh setiap organisasi adalah
bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan juga untuk menpengaruhi
kelakuan ataupun tingkahlaku pekerja terbabit
Pada pendapat saya juga, sistem ELD dapat membawa kepada
pembangunan kerjaya pekerja melalui kemahiran dan pengetahuan yang mereka
perolehi yang akan membuka peluang kepada kakitangan bawahan untuk menjawat
jawatan yang lebih tinggi dan lebih kanan. Misalnya, organisasi melihat akan
pencapaian, kesetiaan, kemahiran dan pengetahuan seseorang individu untuk
meluluskan kenaikan pangkat ataupun untuk kenaikan gaji tahunannya. Pembangunan
kerjaya yang tersusun dan terancang dapat mencungkil bakat-bakat terpendam dan
baru dalam diri kakitangan organisasi. Sistem ELD juga melaksanakan penialaian
prestasi secara berkala dengan mengambil kira tempoh-tempoh tertentu. Ini bagi
memastikan tahap kesediaan pekerja sentiasa berada pada tahap yang
cemerlang dan dengan motivasi yang tinggi untuk bekerja.
Melalui latihan yang diberikan mampu untuk
meningkatkan prestasi pekerja yang lemah dan memastikan bahawa mereka perlu
meningkatkan prestasi mereka selepas kembali daripada latihan. Di samping
itu, pengunaan teknologi untuk mendaftar kursus latihan yang lebih canggih yang
telah disediakan boleh juga dikemaskini dengan mudah oleh organisasi dan
mendapat pekerja tanpa berbuat secara manual dengan menghantar senarai bulanan
kursus latihan yang ditawarkan kepada seluruh jabatan dalam sesebuah
organisasi. Menurut Hannah (2011), sistem ini telah membawa banyak manfaat
untuk organisasi dan pekerja itu sendiri kerana sistem layan diri membuatkan
pekerja dapat melakukan penilaian dan pembangunan diri mereka sendiri.
Melalui
penggunaan sistem latihan secara sistem ini juga amat memudahkan untuk menyemak
sebarang jenis latihan yang boleh di pilih untuk diikuti selain ianya juga
memudahkan urusan untuk mengetahui berapa jam yang telah di gunakan untuk
menghadirikan diri ke setiap latihan. Selain itu, mereka turut boleh
meningkatkan pembangunan interpersonal mereka melalui sistem ini. Walau
bagaimanapun, terdapat juga pekerja-pekerja senior yang tidak suka menggunakan
sistem ini kerana berpendapat bahawa perubahan teknologi ini menyusahkan dan
memberikan alasan bahawa mereka tidak mempunyai kemahiram komputer selain ianya
tidak sesuai dalam peringkat umur mereka untuk menghadirkan diri dalam setiap
sesi latihan.
Secara
kesimpulannya, sistem yang telah di wujudkan ini amatlah memudahkan pekerja
untuk melakukan sebarang pekerjan mereka dengan lebih profesional dan lebih
produktif di mana semua latihan yang diberikan kepada mereka adalah mengikut
bidang pekerjaan masing-masing.
Rujukan
:
1.
Citrin,
James M and Smith, Richard A (2003), The 5 Patterns of Extraordinary Careers.
New York : Crown Business.
2.
Ab Azizi Yusof,
Mohd Subri Tahir dan Mohammad Ismail.2008.Human Resource Management a holistic
approach.Shah Alam, Selangor.Arah Publications
No comments:
Post a Comment