Thursday, 22 November 2012

TENTANG AKU


     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Mohd Radzizi Bin Rahman. Saya adalah pelajar tahun 3 dalam program ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia skudai johor. Saya belajar dalam bidang pengurusan sumber manusia.
            Saya berasal daripada negeri sabah dan bekerja di Johor Bahru, saya bekerja sebagai anggota polis berpangkat L/Kopral di IPD Johor Bahru Selatan.  Saya telah berkhidmat dalam PDRM dalam tempoh 7 tahun. Saya bekerja dengan cara on-duty 24 jam di mana saya akan standby di ipd ataupun di mana-mana yang telah ditetapkan untuk saya. Rutin kerja harian saya adalah pada hari isnin, rabu dan jumaat  selama 24 jam dan pada hari ahad (waktu malam stanby). Sekiranya pada hari off-day saya di panggil untuk suatu tugasan, saya tidak boleh berkata tidak ataupun menolak tugas tersebut. Oleh itu saya akan membantu kerja samaada operasi ataupun tugas yang lain sekiranya anggota lain tidak mencukupi ataupun mempunyai masalah yang tidak mengizinkan anggota teresebut untuk hadir tugas.
            Saya merupakan anak ke 4 dalam keluarga saya. Saya mempunyai 7 orang adik-beradik. Setakat ini saya masih belum berumahtangga. Sebelum saya membuat pengajian jarak jauh di UTM, saya adalah lepasan STPM pada tahun 2006. Sejurus tamat peperiksaan saya terus berkhidmat dalam pasukan polis sehingga sekarang.
            Hobi saya di masa lapang adalah bersukan. Salah satu sukan yang saya minati adalah sukan sepak takraw dan sukan renang. Sebelum ini saya pernah mewakili negeri saya dalam sepak takraw iaitu pada tahun 2002-2005 . Banyak kejuaraan yang telah saya menangi dalam sukan tersebut. Setelah saya berkhidmat dalam PDRM, saya tidak lagi aktif dalam sukan sepak takraw tetapi aktif dalam sukan renang. Pada masa ini sekiranya saya ada masa teluang saya akan habiskan masa saya berenang. Sukan ini dapat meringankan segala stress atau masalah bagi saya.


AKTIVITI BERENANG, PENGISIAN MASA LAPANG.





           


           



No comments:

Post a Comment