Thursday, 22 November 2012

KESIMPULAN



Pengurusan  sumber manusia amatlah penting dalam sesebuah organisasi. Bahagian ini mempunyai tanggungjawab dalam memastikan organisasi bergerak dengan lebih teratur dan lancar. Selain itu, dengan adanya system maklumat  syarikat-syarikat kecil dan syarikat-syarikat besar dapat menjalankan perniagaan secara elektonik agar  perniagaan mereka menjadi lebih cekap dan mampu berdaya saing dengan syarikat luar atau syaarikat antarabangsa. Selain itu, ini juga boleh membantu perniagaan ,eluaskan produknya dipasaran antarabangsa. Dengan menggunakan system ini juga dapat memudahkan proses penyimpanan data yang berkaitan dengan perniagaan. Bukan itu sahaja malahan pengunaan system maklumat ini dapat menjimatkan masa untuk mencari data-data yang diperlukan dan yang berkaitan dan akan mempercepatkan urusan kerja. Seterusnya dapat meningkatkan syarikat tersebut.  Hal ini dapat membantu pekerja meningkatkan prestasi syarikat tersebut. Pekerja dapat melakukan kerja dengan lebih efisyen dan teratur. Segala proses membuat keputusan akan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan mampu meningkatkan produktivit organisasi itu sendiri. Selain itu juga suasana kerja yang kondusif dapat diwujudkan kerana tiada lagi kerja manual yang diperlukan seperti boring-borang yang patut diisi dan berlamabakan diatas meja. Persekitaran yang baik mampu menghasilkan dan meransang pekerja untuk bekerja dengan lebih proaktif dan produktif.

Sistem maklumat ini akan berkesan sekiranya semua organisasi faham akan kepentingannya dalam sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, semua organisasi haruslah peka pada kepentingan dan penggunaan system maklumat. Banyak perkara yang boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat sekiranya penggunaan system maklumat dibuat dengan baik dan teliti.  Selain itu juga, urusan kerja yang melibatkan jangkamasa yang panjang dapat dipendekkan dan diselesaikan dengan seberapa cepat yang mungkin. Terdapat banyak kelebihan penggunaan system maklumat dalam organisasi dan hal ini dapat memudahkan pekerja mahupun pelanggan kepada organisasi itu sendiri.

No comments:

Post a Comment