Menurut Gatewood dan
Field (1994) serta Scholarios, Lockyer dan Johnson (2003) mendifinisikan
pengambilan dan pemilihan pekerja sebgai proses mengumpul dan menilai maklumat
mengenai individu dalam proses menawarkan pekerjaan. Manakala pemahaman saya
bahawa pemilihan dan pengambilan pekerja adalah bertujuan untuk mendapatkan
maklumat bagi setiap individu yang ingin mengisi kekosongan jawatan dalam
sesebuah organisasi.
Pengambilan dan
pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi yang amat penting
untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi pengambilan
dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa kesan negative.
Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000) menegaskan bahwa amalan
pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan keatas prestasi organisasi
secara keseluruhannya. Sebenarnya tujuan umum pengambilan dan pemilihan pekerja
adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu jawatan yang bersesuain
(picking the right person for the right job). Disamping itu, pihak pengurusan
atasan harus memastikan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam organisasi
dapat menyokong segala misi, matlamat dan strategi organisasi. Atas dasar
inilah pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan dengan teliti dan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan.
Pada pendapat saya ,
pemilihan dan pengambilan pekerja adalah suatu yang bukan sepertimana (picking
the right person for the right job). Ini adalah kerana, kebanyakan penjawat
awam mahupun organisasi swasta yang baru dipih untuk berkhidmat dengan sesebuah
organisasi tidak semestinya ditempatkan atau ditugaskan di bahagian yang
seiring dengan maklumat atau data yang diperolehi daripada pekerja tersebut.
Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai kelayakan dalam perakaunan tidak
semestinya ditempatkan dalam bidang akaun sesebuah organisasi itu, kemungkinan pekerja itu akan
bekerja di dalam bidang pemasaran dan sebagainya yang mana bukan berkaitan
dengan kelayakan atau kemahiran pekerja tersebut.
Menurut Dale (1995)
seta Fish dan Mackl in (2004), Pemilihan dan pengambilan pekerja amat
mementingkan pengalaman yang berkaitan dengan bidang pekerjaan tersebut.
Pengalaman yang dimaksudkan adalah pengalaman yang berkaitan dengan sesuatu
pekerjaan yang dipohon. Ini dapat memudahkan lagi proses pengurusan dalam
organisasi itu sendiri sekiranya pemilihan dan pengambilan pekerja itu dibuat
dengan telus dan teliti.
Secara keseluruhanya,
dapatlah disimpulakan bahawa pengurusan sumber manusia dalam setiap organisasi
mempunyai tanggungjawab dan peranan yang tinggi dalam membuat pemilihan dan
pengambilan pekerja bagi memastikan
sebuah organisasi itu mendapat kelebihan daripada pekerja yang dipilih
justeru menaikkan imej dan mutu perkhidmatan dalam organisasi yang terbabit.
Rujukan:
http://www.hagel.net/cyber-recruiter-web-based-recruiting.asp
sector management, 13 (4), 369-382 Min, J.C, &
Kleiner, B.H, (2001). How to hire employees effectively. Management Reserch
News,24(12) 31-38.
No comments:
Post a Comment