Thursday, 22 November 2012

SISTEM MAKLUMAT DAN KELEBIHAN PERSAINGAN



Sistem maklumat adalah satu kemudahan kepada pengguna untuk melihat data peribadi. Kebanyakan organisasi dalam dan luar Negara menggunakan teknologi ini. Sistem ini dapat memudahkan sesebuah organisasi mengendalikan sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan tepat. Bagi sesebuah organisasi yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan sudah pasti tidak akan terlepas  dengan pelbagai persaingan samaada persaingan sihat mahupun tidak. Ianya merangkumi persaingan dari luar dan dalam organisasi tersebut. Persaingan yang terjadi mampu mengugat prestasi dan potensi syarikat yang baru membangun dan yang telah sedia maju. Disini dapatlah kita lihat daripada pesaing-pesaing yang wujud ini adalah merupakan suatu perkara yang baik sekiranya organisasi lebih positif menjadikannya sebagai satu asset dan cabaran untuk meningkatkan kualiti perniagaan dan perkhidmatan yang diberikan. Oleh yang demikian, system maklumat merupakan satu system yang sangat penting. Peranan system maklumat adalah sangat penting  dalam meningkatkan kelebihan dan keburukan pesaing supaya organisasi mampu bersaing dengan organisasi  ang lain, setiap organisasi perlu membangunkan kuasa daya saing untuk meningkatkan tahap kualiti organisasi itu sendiri. Berikut adalah perkara-perkara yang penting yang harus diberi perhatian oleh setiap organisasi bagi memastikan organisasi ini terus maju dan mampu mengembang sayap perniagaan mereka :

a)   Persaingan daripada pesaing dalam industri
Setiap perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan semestinya mempunyai pesaing yang mampu mengugat sesebuah organisasi.

b)   Kemasukan industri baru kedalam industry dan pasaran
Kemasukan pesaing baru dilihat mampu menjadi pesaing kepada pesaing sedia ada dalam  industry dan pasaran perniagaan .

c)    Gantikan produk yang boleh menawan penguasaan pasaran
Persaingan yang terlalu banyak dikalangan organisasi memerlukan sesebuah organisasi menghasilkan produk yang  lain daripada yang lain bagi menawan pasaran tempatan secara amnya.  Permintaan yang tinggi disertai dengan pengeluaran minya dunia yang tidak menentu sedikit sebnya mempengaruhi pasaran . menghasilkan kenderaan menggunakan kuasa elektrik seperti NGV merupakan suatu alternative bagi mengatasi kenaikan harga petrol dalam pasaran dunia . kepelbagaian model kenderaan yang ditunjukkan oleh proton dengan melancarkan kenderaan menggunakan kuasa eletrik  dilihat suatu persaingan kerana  produa belum mengeluarkan   kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik. Secara amnya dapat menaikkan pasaran proton.

d)   Kuasa penawaran oleh pengguna
Pengguna pada masa kini lebih suka menggunakan televisyen LD atau LCD kerana ianya sangat elegan dan sangat sesuai kepada citarasa pengguna. Oleh itu banyak  organisasi yang mengeluarkan televisyen LCD bagi menampung keperluan dan kehendak pengguna.

e)   Kuasa penawaran oleh pembekal
Kuasa pada pembekal pula adalah pembekal tidak mempunyai persaiangan dari organisasi lain. Pembekal merupakan organisasi tunggal yang menjalankan perkhidmatan dan perniagaan tersebut .

KESIMPULAN:

Pada pendapat saya, semua bentuk persaingan yang wujud dalam industry merupakan suatu perkara yang sihat di mana ianya boleh menaikkan semangat mana-mana indsutri untuk terus maju kehadapan dan melihat lebih banyak peluang bagi memajukan organisasi itu sendiri. Selain itu, persaingan ini dapat mewujudkan banyak keluaran produk yang baru untuk bersaing dengan setiap pesaing. Hal ini dapat mempelbagaikan produk yang ditawarkan dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi.


Rujukan :
Anonymous.(2009,October) Porter five forces analysis. Retrieved 03 9,2012 from Wikipedia The Free Encyclopedia
http://www.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment